Sunday 8 July 2012

Vintage kembali lagi_TUDUNG BAWAL!

Hai hai and assalamualaikum....
bosan lah tak tahu nak buat apa dah ni,blog aku ni membosankanlah..!
nak kembali ke yang dahulu lagi lah. guna blogger biasa. cool je..
eh dah lari tajuk pulak. Perasan tak sekarang kan kat mana-mana je kita
boleh tengok dah ramai orang pakai tudung bawal kan?
tak kira umur adik-adik,akak-akak dan mak-mak lah.huhu
tudung macam tu dari zaman mak aku muda lagi dah ada,ada lagi tudung bawal mak aku simpan ,
tapi malas nak cari. Itulah namanya fashion kembali,iaitu fashion tudung bawal vintage. class gituu..
Tudung bawal bukannya lesap terus macam tu,sebenarnya dia ada,cuma bersembunyi sebentar,
tengok sekarang dia dah kembali dan menjadi femes dengan pelbagai corak-corak yang menarik kan.
Aku pun kalau jalan-jalan gi mana-mana ada jumpa tudung bawal je mesti aku beli,almaklumlah harga pun murah daripada harga shawl kan..Tudung bawal ada banyak jenis. ada bawal,ada plain siap ada bawal obama lagi tu jangan main-main.perdana menteri amerika tuh .:)
Dulu musim tudung ikin lepas tu tudung nur kasih tak lama lepas tu tudung yuna dan sekarang tudung bawal!
Macam-macam nama ada,kadang-kadang pening nak ingat..
aku suka pakai tudung bawal gak,dia senang nak pakai,and simple gitu,eceh..:)
dulu kalau pakai tudung bawal mesti orang anggap budak ni rajin betul nak gosok.haha
sekarang tudung bawal tak payah nak gosok terus pakai dah siap. :)
tak semestinya pakai tudung bawal tu  nampak macam "KAMPUNG"
salah format tu kalau siapa cakap macam tu,sekarang style banyak pilih je and jangan lupa bayar .
corak menarik-menarik so bukan kampung lah. 
ok lah dah dulu lah . penat ini aku dan tudung bawal ku . ..:)




habis dah.bye :)






No comments:

Post a Comment