Monday 30 July 2012

Be Mine

Bermula di Facebook you im I dulu tak tahu malu
I malas nak layan so i buat tak tahu
You terus cuba dan mencuba 
Sehingga I jatuh cinta gatalnya diri
You membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama 
Borak panjang-panjang makan dan tengok wayang
Sikit-sikit jer i merajuk  You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya I cuma test you saja

Let me tell you that i love you
And i never wanna wrong you
Take my hand baby
come, go throught with me
Let me tell you  that i miss you
And i never wanna lose you
You my heart baby 
My life is incomplete without you  
 
Dalam pada I gembira sometimes I feel so bad juga
Cause you belum berpunya 
But i always want you be mine forever
Please be mine forever ..


                                                                                            



Saturday 28 July 2012

Pertama Ramadhan .

Assalamualaikum ..

Sedar tak sedar dah puasa ke 9 dah pun sekarang.
Waktu berjalan cepat sangat kan.
Mula berpuasa ada yang nak cepatlah habis ramadan,
Bila dah masuk hari kesembilan ada pulak cakap 
Cepat betul masa berlalau,adat lah tu kan .

Tahun ini buat pertama kalinya dalam hidup aku,
Aku berbuka puasa dengan dia. 
Dekat rumah aku.mak aku yang suruh ajak.
First time aku dan family aku berbuka ada orang lain 
selain daripada family lain .

Ya Allah gembira sangat aku dapat berbuka dengan dia
Walaupun sekali dalam bulan ramadan tahun ini.
Aku sebenarnya takut sebab tak pernah ada kawan 
lelaki atau perempuan yang pernah buka kat rumah aku.

Aku berterima kasih sangat dekat dia sebab sudi
berbuka puasa dengan aku.
dulu aku ada juga berangan kan best kalau dapat buka 
sekali dengan dia ,tapi itu aku cakap sprang2 je.
tak sangka betul-betul jadi kenyataan . :)

Tadi tengah solat subuh,aku berdoa 
semoga tahun ni ramadan berjalan dengan lancar,
semoga aku, keluarga dan dia sihat-sihat dan dijauhi segala penyakit.
sampaikan lah salam rinduku kepadanya ..
panjangkan lah hubungan kami ya allah ..amin..
tiba-tiba airmata aku menitik . menangis kerana bahagia.
menangis kerana aku masih bersamanya,
menangis kerana tuhan panjangkan umur aku 
supaya aku boleh melihat dia lagi..:'(
Sesungguhnya dia tahu aku amat menyayangi dia .

Sampai disini dulu lah aku menulis.
terasa mengantuk sudah .
lain masa aku tulis lagi.
-Kepada: KA terima kasih kerana berbuka puasa dengan saya -
ia akan menjadi kenangan yang yang manis .-28/7/2012-
bye 









Tuesday 24 July 2012

Tuhan tolong aku ..

Assalamualaikum ..

Sekarang dah pukul 2 lebih aku tak dapat tidur . 
sekarang aku dah jarang on call dengan dia ,
kenapa?dia kerja lah sekarang. 
Aku pun tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni banyak hal
yang ganggu otak aku ni,nak pecah dah,kalau boleh scan 
berapa banyak virus dah masuk .

Ya allah apa dah jadi kat aku ni! kenapa aku macam ni ! kenapa?
aku penat macam ni ,mungkin aku ni yang terlalu berlebihan .
padahal ianya bukan apa-apa pun .
kadang-kadang tengah-tengah malam,dia mengalir .
aku tak tahu kenapa ,mungkin yang dalam tak dapat tanggung lagi
sebab itu dia keluar tanpa aku mintak pun .
sampai mata aku pun bengkak dah . oh shit!!

*Sekiranya kau bukan untukku,aku terpaksa melepaskan
walaupun perit.walaupun mulut berkata ya,tapi hati menjerit tidak !
aku mintak maaf sekiranya suatu hari nanti kau tidak dapat 
menghubungi aku lagi,aku hanya nak kau tahu yang aku 
sayang kau dan aku takkan lupakan kau .
walaupun dia tak ada depan mata aku lagi !*

ayat di atas hanya rekaan,tapi aku paling takut kalau jadi macam tu.
aku takut perkataan goodbye!!selamat tinggal !!jaga diri !!
kau buat aku sedih!menangis! tapi aku tetap sayangkan kau..
ohh romantiknya aku kan.hahaha 
oklah aku nak tidur kejap lagi nak bangun sahur . bye
#tuhantolongakucarikanpenyeriuntukdalamhidupku,
#kuperludiainginjadimilikkumenjagahatinya
lagu tuhan tolong aku by_iamneeta !

 


Monday 23 July 2012

Oh aku lagi .haha

Assalamualaikum hari ini entry aku pasal benda alah dekat bawah ni lah
tengok jelah ye .o




Time ni baru balik pergi bazar ramadhan teman acik aku.
p/s belum mandi lagi .haha


Ni time tengah tak ada kerja .haha 
tudung ni lebih kurang sama warna dengan yang atas .aku baru perasaan .:)


Shawl ni aku belum pernah pakai lagi kowt.
tuhlah main beli pakainya bila tah. #hehe


Aku kebas tudung mak aku,dia tak pakai :)
Mak ucu yang bagi lama dah kowt ,raya tahun bila tah .


-TAMAT-




Sunday 22 July 2012

Cabaran Berpuasa

Assalamualaikum .
Dah lama dah tak update blog kan tak apa ni aku nak update la ni.
Sedar tak sedar dah dua hari dah kita sambut ramadhan kan
Maknanya dah dua hari jugaklah semua umat islam menjalani ibadah puasa.

Tahun ini aku harap bulan ramadhan berjalan dengan jayanya.ceh ayat aku.*haaha*
Nak cakap harap tahun ini puasa penuh memang tak lah kan,maklumlah kaum hawa
Kan "Allah Beri Cuti" . sebab tu perempuan istimewa ,betul tak wahai kaum hawa sekalian. :-D

First puasa memang teruja kot,selalu aku susah nak bangun tidur
Ni tak mak aku kejut sekali je,aku terus bangun and berdiri
Tak ada bangun-bangun ayam dulu. :)
Tapi time sahur mata pejam je ,haha tapi makan jugak.
Tahun ini sahur je si dia mesej .hee 
Balas-balas mesej kejap,hee subuh-subuh tuh. :)
Ok dulu lah aku mintak diri dulu.
Selamat berpuasa dan puasa penuh yer baru boleh sambut raya ! :)


Tuesday 10 July 2012

Ramadhan tiba..

Assalamualaikum ...

Yeay-yeay tak lama lagi dah masuk bulan ramadhan .bulan puasa.
Excited lah pulak.ramadhan juga yang mempertemukan aku dengan dia . 
Sweet tak.cakap jelah sweet kan. haha
Nasib baik aku dah habis ganti puasa yang tahun lepas punya .amin
Tahun ni semoga berjalan dengan lancar.
kadang-kadang terasa macam nak lari je dari hiruk-piruk warga facebook
Twitter atau yang sama waktu dengannya !tapi macam mana ?
Dengan deactived or tutup account kita ?
tapi kalau macam tuh macam nak lari dari sesuatu je.haha
eh maafkan saya saya sudah lari dari tajuk,
Bulan puasa .paling best first puasa.bangun sahur 
Time buka muka senyum seribu makna .
semoga tahun ini puasa aku jalan macam biasa.
Dan aku berdoa semoga tahun depan aku akan merasa nikmat bulan puasa lagi
Panjangkan umur aku ya allah...Amin..
Nampaknya itu sahaja. selamat tinggal dan
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN TAK LAMA LAGI!!
:)

sad VS happy .

Assalamualaikum ...
Sekarang dah malam dah pukul berapa tah.
Tapi yang pasti aku tak ngantuk lagi.

Aku happy dan adakalanya aku juga sedih.
Dugaan makin lama,makin banyak,macam-macam.
Kuatkan hati dan lalu je,macam lalu taman ke,lalu dengan senyuman.
Itu kata orang,tapi bukan aku yang kata.
Bila agak lama dengannya.boleh tak korang jangan cakap
"Tahan jugak ae,lama tuh" !! elok aku suka terus mood berubah !
Ayat kau nak doakan supaya tak lama ke ha!benggong je!
Memang buat aku sedih lah,nak tegur jangan harap aku nak menyahut .

Kenapalah tak ada ubat yang boleh hilangkan ingatan manusia.
Senang kalau ada.tak ada lah aku nangis bila aku ingat semua tu.
Aku cuba untuk tahan,tapi macam automatik ingat benda tu semua 
Jatuh lah ia.Macam dah terset dalam minda aku,
Aku nak buang jauh-jauh! aku taknak ingat benda tu lagi .
Tapi setiap kali aku nak lupa seakan-akan keadaan sekeliling kembali 
Mengingatkan aku. 

Aku tak boleh dengar nama tu. hari tu budak ni tersebut nama sama.
Dalam kepala dah main-main dah,aku tolak tapi susah. kenapa?
Sebab dia yang menyebabkan mata aku bengkak dulu! sakit!
Menyebabkan aku menangis tiap-tiap malam. ohh hidup ini sungguh kejam! *ayat copy*
Aku benci kau !tapi aku bukan seorang pembenci tegar so bangga lah aku ni baik!haha

Aku tak tahan bila tengok ayat-ayat dia.
Buat hati aku kecik je.sempit je.
Tapi tak pe kadang-kadang ada betul cakap dia.
Salah sendiri susah nak nampak .
Kadang-kadang aku surokkan suara aku.

Hanya ku cinta kau seorang. ayat klise betul .
Suka hatilah nak cakap apa.janji betul .
kalau aku cakap aku ada kau je,aku betul-betul 
Maksudkan nya ,bukan main-main.*don't play-play*:) 
Bencinya aku kak oi jgnlah nak like bnyk!tension lah!
Opps sorry terbawak2 facebook ni lah haishh nak je sekeh.

Biarpun kau dah tak jadi penghalang!dah berambus!tapi 
Aku tetap ingat nama kau dengan clear sekali! 
Aku terasa dulu bila dengar sebut nama kau!
Damn hancur hatiku..haha 
Jadi perempuan jangan dengki boleh Jangan penting diri sendiri!
Fed-up aku ! 
cukup lah sampai disini..aku undur diri dulu ..
malam ni aku teremosi sikit!hope tak kisah aku memang macam ni !
sometimes!good night :)


 






Sunday 8 July 2012

Vintage kembali lagi_TUDUNG BAWAL!

Hai hai and assalamualaikum....
bosan lah tak tahu nak buat apa dah ni,blog aku ni membosankanlah..!
nak kembali ke yang dahulu lagi lah. guna blogger biasa. cool je..
eh dah lari tajuk pulak. Perasan tak sekarang kan kat mana-mana je kita
boleh tengok dah ramai orang pakai tudung bawal kan?
tak kira umur adik-adik,akak-akak dan mak-mak lah.huhu
tudung macam tu dari zaman mak aku muda lagi dah ada,ada lagi tudung bawal mak aku simpan ,
tapi malas nak cari. Itulah namanya fashion kembali,iaitu fashion tudung bawal vintage. class gituu..
Tudung bawal bukannya lesap terus macam tu,sebenarnya dia ada,cuma bersembunyi sebentar,
tengok sekarang dia dah kembali dan menjadi femes dengan pelbagai corak-corak yang menarik kan.
Aku pun kalau jalan-jalan gi mana-mana ada jumpa tudung bawal je mesti aku beli,almaklumlah harga pun murah daripada harga shawl kan..Tudung bawal ada banyak jenis. ada bawal,ada plain siap ada bawal obama lagi tu jangan main-main.perdana menteri amerika tuh .:)
Dulu musim tudung ikin lepas tu tudung nur kasih tak lama lepas tu tudung yuna dan sekarang tudung bawal!
Macam-macam nama ada,kadang-kadang pening nak ingat..
aku suka pakai tudung bawal gak,dia senang nak pakai,and simple gitu,eceh..:)
dulu kalau pakai tudung bawal mesti orang anggap budak ni rajin betul nak gosok.haha
sekarang tudung bawal tak payah nak gosok terus pakai dah siap. :)
tak semestinya pakai tudung bawal tu  nampak macam "KAMPUNG"
salah format tu kalau siapa cakap macam tu,sekarang style banyak pilih je and jangan lupa bayar .
corak menarik-menarik so bukan kampung lah. 
ok lah dah dulu lah . penat ini aku dan tudung bawal ku . ..:)




habis dah.bye :)






Wednesday 4 July 2012

Dua Hari Lagi ....

Assalamualaikum...
Dah lama aku tak update blog ni,kadang-kadang dia je yang tolong aku update kan . :)

2 Hari lagi genap dah 9 bulan aku dengan dia..
Aku tak sangka aku dengan dia dah nak masuk 9 bulan dah .
Sedar tak sedar je aku rasakan.
Setiap bulan memang ada bezanya.tak apa kita belajar daripada pengalaman kan .
Bulan ni aku dengan dia ok je,aku suka macam ni.harap ia akan berkekalan macam ni .
Dan aku harap lepas ada lah sampai bulan bulan bulan bulan and maybe tahun agaknya..hee
Amin...i pray for that ;)

Setiap bulan yang memang aku tunggu-tunggu dan ingat.
Segala kenangan manis ke masam ke .huhu
tapi lebih ingat yang manis je lah.hee
Dia dah kerja sekarang . kerja elok-elok ye syg .
jangan nakal-nakal... !
ok lah aku rasa cukup sampai sini je aku tulis.
Happy Anniversary yang ke 9 bulan Khairol adhzuar .
And i will love you forever .....
Assalamualaikum.......

Sunday 1 July 2012

Hampir...

hye hye hye
 
Pejam celik pejam celik dah nak hampir masuk 9 bulan aku dengan dia... Alhamdulillah bulan ni terbaik buat kite orang tiada perselisihan paham. Harap2 bulan 9 ni pon sama la, hee.... Ala lagi pon aku sekarang sebok dengan kerja mana ada masa untuk mesej2 calling2 ni.... itu pon kejap betul tak Ma? hee... aku rasa post kali ni aku tak tulis panjang kut. Sebab aku takda idea nak tulis. huhu...

I love love love you...
  I miss you you you...
 
Saya harap kita berkekalan hinggat ke akhir hayat... Insyaallah amin...
 by your KA.