Friday, 8 June 2012

Minggu yang memenatkan...



Assalam....
 hehe dia taknak update biar aku yang update huhu...
bermulanya hari selasa... aku pergi Melaka Sentral untuk menjemputnya pulang ke rumah... sebelum itu kite orang makan McD dia yang belanja aku... almaklum la duit takda la katekan hehe.... first time aku ambik dia sejauh ni... kesian dia kepanasan.... lain la kalau dekat... ni jauh  la jugak..... dah sampai Gemenceh  aku cakap nak singgah rumah dia kejap... tapi dia takut  mak dia tanya macam2 hee... takpe saya paham awak ler... 

pada hari  rabu  pulak aku datang rumah dia untuk bagi cerita...  dia tengok cerita yang aku bagi tu tapi aku pergi borak dengan mak dia dekat luar haha..!!! best duduk luar dengan angin sepoi2 bahasa sambil tu borak2 dengan mak dia... hehe sampaikan  dia cari aku la... lepas tu dia nak keluar pergi kedai yang dia pulak suruh aku ikut dia... time tu aku risau takut tak boleh naik motor 2 orang sekali mak dia bagi rupenye.... hee  *terimakasihyemakcik*  aku bawak dia yang dia tunjuk jalan masuk sini masuk sana hehe... letih aku di buatnye... haiya... hee

hari khamis hari yang paling sedih baginye sebab aku tak dapat nak melaksanakan permintaan dia... di sebabkan JpJ aku takdapat nak bawak dia pergi tengok wayang... dan aku tanya dia *macam mane ni?? kita balik ea??* dengan suara hampenya dia menjawab *yela..* sedih aku tengok dia... tapi takpe... kat tampin kita orang happy hee.. sebab makan kfc lepas tu cari baju lepas tu cari selipar  dia... tak lame tu  aku hantar dia balik.... hee... sebelum tu dia kena la bagi tahu mak dia yang aku hantar balik kalau tak mak dia akan bising... dah sampai kat rumah dia kawan mak dia ada pulak.... aku duduk la tempat yang aku borak2 dengan mak dia 2 hee.... tengok pokok pisang yang sedang di tiup angin sambil tu minum air hee... itu cerita aku.... ini dari KA kalau dari SBH aku tak tahu lah.... hee sekian....

Friday, 25 May 2012

Remember .

Assalamualaikum . 
Selamat sejahtera.

Aku tak bisa menyatakan  perkataan 
kelu lidah bila berdepan kamu.
aku percaya pada naluri hatiku
yang ada sudah depan mata .
tapi aku masih belum menggenalmu
untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta...
(Nyanyi jap tengah layan lagu ni ha) :)


Setiap kenangan selalunya akan kita ingat kan .
Tak kira pahit ,manis,walaupun masam sekali.
tapi kita mengingatinya hanya dalam keadaan yang 
faham-fahamlah ye,kadang- kadang tengah gembira or sedih .

mesti kita tersenyum sensorang kan bila kenangan itu 
muncul dalam ingatan . betul tak .
dah macam orang gila lah kalau orang tengok . malu sikit lah (haha)

aku ni pandai je cakap orang ,diri sendiri 2x5 je.:)
kadang2 pernah orang nampak .nak tahu apa di tanya ae?
"ape senyum2 sorang-sorang ni ? "
"Ingat orang jauh ke ? "
aku mesti reply terbaik punya 
"ala orang dekat je,N9 je " haha
grosome!!

Tapi kita pun kena berwaspada bila nak senyum2 tu
aku sarankan kalau nak terkenang2 ni baik duduk 
diam2 dalam bilik . baru aman seyh .
idea yang bernas ni so enjoy it lah ..

Kejap nak melalut sekajap boleh .
Isnin
Selasa
Rabu 
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad
Monday 
Tuesday
Wednesday
Thursday
Friday
Saturday
Sunday
I miss you my dear........

Waalaikumsalam...






Friday, 18 May 2012

Luahan Hati KA

Aku rasa bulan ni bulan yang amat menyentuh bagi aku.... walaupun aku marah-marah dia tapi aku masih sayangkan dia.... tak pelah kalau tak faham aku... lepas ini aku kena jaga kau dan aku kena faham situasi kau.... aku tak kisah kalau kau tak faham aku... yang pasti kau kena kuat... mana sabariah yang aku kenal dulu...?? yang orangnye sangat kuat berjiwa kental dan hati batu.... tetapi semua itu berubah bila seorang lelaki yang bernama Khairol Adhzuar telah memberi hatinya sangat cair seperti ais terkena sinaran matahari....

Lepas ni jangan risau aku takkan marah-marah kau lagi....cuma satu je aku mintak... ikut lah cakap aku... kalau kau tak ikut cakap aku panas baran aku akan timbul balik setelah hilang yang beberapa bulan.... walaupun aku suruh kau pergi tetapi aku tak sanggup dah 2 hari aku menangis kerana kau.... aku tak tahu la kenapa air mata aku keluar semasa itu... lepas ini aku tak nak dengar alasan apa-apa pon... yang aku tahu ikut cakap aku sahaja....

Jangan cakap macam tu lagi... aku tak suka.... ajal maut di tangan tuhan... kita tak tahu bila kita akan pergi... lepas ni aku tak nak dengar kau cakap macam tu lagi... aku sayang kau sangat-sangat... kalau kau tiada habis aku macam mana kat dunia ni?? sanggup ke kau biarkan aku keseorangan??

Ok la.... cukup lah luahan aku ini....

Ilove rain...
 Ilove you...

aku??

Assalamualaikum ....




lama dah aku tak update blog ni .  kesian blog aku ...tapi tak pela mungkin ini kali terakhir aku update ...
kenapa . sebab aku sendiri .. tak faham tak apa ..
aku harap aku akan macam biasa dengan dia .
tapi aku salah bulan ni bulan yang banyak dugaan datang bertimbun-timbun.
bulan ni memang banyak menguji aku  betul lah ..
aku kena,harus kuat macam kau cakap .
tapi aku tak boleh .sebab aku lemah .ye memang aku lemah .
aku kuat merajuk,kuat menangis,dan kuat menyusahkan kau .
aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni aku suka buat kau kecewa .
aku pun tak tahu kenapa aku boleh jadi macam ni .ni bukan macam yang kau harapkan kan.
aku cuba untuk tak buat kau kecewa dengan perangai aku .
aku tak boleh benci dia sebab aku terlalu sayangkan dia . 
sampai bila-bila .kadang-kadang aku pernah terfikir kan bagus kalau aku tak ada kat dunia ni .
sebab tak ada lah aku sakitkan hati dia . aku dah buat hati dia menjadi semakin tawar ..
ya allah kenapa lah aku sanggup buat kau macam ni .
aku tak nak kau pergi ....bukakan lah hati aku supaya aku lebih faham kau macam mana dia faham aku .
aku tak nak .....cakap lah apa yang kau nak cakap ..
ye memang aku terlalu bergantung dekat dia . aku tak tahu kenapa dan jangan tanya aku lagi .
suruh lah aku pergi aku takkan pergi . tunggu lah aku pergi selamanya .
sebab kau kelemahan aku ! aku lemah bila apa pun yang kau ucapkan ..
aku akan cuba jadi yang terbaik untuk kau .aku janji 
tolonglah jangan pergi dari aku ....tu je yang aku mintak 
aku janji aku tak mintak lain dah  .... :'(
and i love you so much .............





Sunday, 6 May 2012

For you KA !

I'm happy.
Do you know why ?
Cause I'm so lucky .
Do you know how ?
Cause God loves me .
Do you know how ?
Cause He give me a gift  .
Do you know what ?
It's YOU my love  !

I want to : 
#see your smile every morning 
#hold your hand
#think about you all the time 
#tell you how much i love you ,
and how much i don't wanna ever lose you.

Why do I need you
And I love you so ?
It is the great question..
Because my love is only for you,
And it's eternal,
Full of passion.
I Love You.....
And I do love you !



Thursday, 3 May 2012

Love for 7 month for sure !



Assalamualaikum ......
Dah lama tak update blog aku ni,hari ini aku nak update pasal tajuk yang kat atas sekali tu..
perasan kan kan?ok now the story starts.......


Sedar tak sedar dah nak dekat 7 bulan dah pun aku dengan dia, _KA_
Sebenarnya belum genap pun 7 bulan lagi,ada lagi 3 hari lagi,aku saja nak update dulu memandangkan free.
macam lah aku ni busy sangat kan,*funny betul* tapi kadang-kadang nak update blog otak tak ada idea
so sekarang idea tengah menimbun-nimbun ni,share lah apa lagi *hee*

7 bulan??masa yang agak lama kan....
7 bulan macam-macam boleh jadi dalam waktu 7 bulan ni ..
selama 7 bulan ni lah aku suka duka riang tawa dengan dia.
7 bulan lah jugak ada adegan pujuk memujuk,manja-manja,mengada-ngada.
eh mengada-ngada tuh tak ada eh,salah pulak ok. :)

Selama 7 bulan aku kenal dia .
baru aku tahu macam mana perasaan suka seseorang yang kita suka lah,i mean kita cinta.
perasaan sayang seseorang,perasaan cemburu kan seseorang,perasaan sedih 
disebabkan seseorang dan perasaan gembira di sebabkan seseorang jugak.
aku banyak belajar semua perasaan tu daripada dia.percaya atau tidak.
memang dia je yang boleh ajar aku semua benda tu.
aku menangis kerana dia! betul buat pertama kali dalam hidup 
aku menangis disebabkan insan yang bergelar lelaki .
dan insan itu adalah dia.
tengok bertapa aku sayangkan dia.

7 bulan. nak cakap aku tak sayang dia . mestilah lah sayang .
kalau tak tak adalah aku dengan dia sampai sekarang kan.betul tak.
walaupun kadang-kadang aku ni tak pandai nak jaga hati dia.
kadang-kadang lah kan,*hee* 

Aku sayang dia macam aku sayang keluarga aku sendiri..
Aku susah nak biarkan dia pergi dari aku.
Aku nak dia terus ada dekat dengan aku kalau boleh sampai bila-bila.
Aku memang dah betul-betul sayangkan dia .
Itulah kenyataan nya.dia lah yang aku nak. FULLSTOP!
tapi sampai bila aku boleh halang dia supaya tak pergi dari aku .
kalau ada jodoh adalah. amin.

Ok aku harap aku bahagia dengan dia,dan dia pun sama .
sama-sama sedih,sama-sama gembira .boleh kan awak?
sama-sama selesaikan apa pun masalah.
sama-sama selamanya boleh ..
I Love you KA and happy anniversary yang ke7 bulan ye 
bukan 7 tahun .hee :)
sayang awak ! :-*
Waalaikumsalam ....^_^






Wednesday, 2 May 2012

Monday, 30 April 2012

Create by your Lovely

Assalamualaikum,

Hee dah lame aku tak update kat blog awek aku ni hee...
Dah nak dekat 7 bulan aku dengan dia...

    Alhamdulillah semuanya aku tepuh dengan kesabaran aku... (nama awek pon sabariah kena la sentiasa bersabar hee) dia sentiasa cool walau macam mane pon aku buat huhu tetapi dia tak cool bila kena marah dengan aku... mesti air mata dia meleleh la...  tetapi aku tahu macam mana nak buat dia happy.... dengan perkataan "annyannyam" dia dah tersenyum huhu....

   Aku harap sangat aku kekal hingga ke akhir hayat... tetapi kalau Allah dah tetapkan dia dengan orang lain aku sanggup melepaskannya.... aku tak boleh memaksa dia.... aku tak pernah pon paksa dia.... aku tak pernah pon rasa sebegitu senang nak lupakan dia..... di mana aku pergi mesti dia dalam ingatanku... kalau sebelum sebelum ni senang je aku lupakan tapi dia entah la..... begitu susah untuk aku melupakan dia..... itu bermakna cintaku sangat kuat pada dia...

   Aku sayang dia sangat-sangat.... tapi aku takut kehilangan dia... aku pernah berjanji dengan dia yang aku takkan tinggalkan dia dan dia pon janji sama apa yang aku cakapkan... aku sayang dia sama aku sayang family aku.... aku cintakan dia tetapi Allah lagi aku cintai.... 

   Cukuplah aku berkarang kat sini, bukan blog aku pon blog dia hee.... aku hanya tumpang je... aku takda hak nak ambik blog dia.... satu yang aku nak cakap.... fahamilah hati awek korang kalau korang tak faham hati awek korang memang susah korang nak kekal&setia..... bye.... assalamualaikum.....


Seeing Him after a month :)

Hari tu aku jumpa dia selepas sebulan..baru sebulan tak jumpa dah kecoh ..eh bia lah aku yang tulis so suka hati aku lah nak tulis apa kan. hahaha :P
time aku dah sudah bayar bil tuh aku jalan lah..pastu dia cakap dia ada dekat dengan maxis center ...
hadoi aku dah lepas dh..pastu tunggu dia kat kedai apa nama ae tahkan, aku beli air pastu sandar kat tiang ke dinding tah nak tunggu dia ... tengah tunggu tu aku nampak dia kat seberang sana..
hee for the first time aku nampak dia dari jauh...... feeling so....so....susah nak cakap lah..
tengok dia jalan,nak panggil confom tak dengar.aku pun jalan je...sambil tengok dia dari seberang sini pulak..
baru jauh macam tu.belum jauh sejauh-jauhnye lagi kan......... :(
hee ok2 ceria2 ... pastu baru nak mesej dia dah call....aku cakap kat sini uh....pastu pandang dia ,dia pun dah nampak...heee :)
lepas tu gi makan kat kfc je....dok makan2 borak2......pastu kita orang boleh main tanya-tanya taw..
nak tahu main tanya-tanya apa...
tanya ni uh " lepas ni nak gi mana ni"? pastu dia pun cakap "lepas ni nak gi mana"?
hahaha kelakar je kan...
pastu balik dia gi rumah aku,aku dah cakap kat mak dah dia nak datang.. kawan lah..hee kan aku cakap kunk kantoi pulak kan..huhu cover sikit.....
mak suh buat air,sekali aku buat air hambik kau lori gula excidennt masuk kat jug ni uh..hahaha...
ala sekali sekala manis apa salah ae.... baru manis sikit yang minum nya..huhu
awak,manis ye..huhu :) rindu dia ....tengok dia dekat2 .....
heee...tengok muka merajuk dia ....heeee first time tengok...alololo syg2 jangan lah merajuk ye...
saya tak reti pujuk-pujuk orang ni...heee :)
kesian dia tak de makan apa-apa. even biskut kering pun aku tak bagi..
hee excited jumpa dia sampai lupa nak keluarkan biskut ..haha
balik je,aku yang kena marah bagi anak orang lapar...mak ni...heee
takpe nanti macam2 ada ye..jangan risau..huhu aku ada bagi dia perfume .......
hope he like it,cause i like that smells so much....
dia dah pakai amboi....wanginya.....memikat kalbu..haha seriously i really miss you KA.......:(
k lah gtg dah petang nak mandi....huhu bye assalam. :)

Monday, 9 April 2012

Date .....hihi

Assalamualaikum.........
hari tuh aku gi teman dia gi.....ehem2 mana boleh bagi tahu hihi
bangun pagi-pagi sebab nanti takut balik lambat tapi selamat aku tak balik lambat
balik on time ... huhu bangga sekejap..haha sempat kat bus stop pagi tuh boleh pulak aku jumpa
kawan aku nih..alahai matilah aku macam ni..mula-mula cover dengan yap ni...sekali kantoi gak aku 
yang cakap sebab nanti dia tahu gak..haha ...pastu nak ejek2 aku lak ye.. soo jahat lah kau nih..
aku sampai awal pastu tunggu dia kat nazih bakery ....sampai dia datang ..tak lama lepas tuh dia pun sampai
sian panas yer sayang...lama duduk kat bakery tuh dah lah bus lambat sampai lepastuh penuh pulak tuh
alahai nasib2..heee tapi tak apa dapat borak2 dengan dia kat bakery tuh seronok je...
heee... rindu awak sangat dear !! walaupun kita tunggu lama tapi tak kisah asalkan tunggu dengan awak..hee
sampai sana lepas tuh nak beli tiket kena beratur panjang hai sabar jelah...
gi tempat tuh lepas tuh hantar baju dia.... jumpa akq2 kat situ hai malu muke den
dah lah tak kenal sangat... wat rileks je kan...haha
time balik lagi lah balik dengan akak2 ae,,aduhhai apalah nasib... 
macam2 rasa dah... balik makan dengan dia kejap pastu dia hantar balik...
sayang awak dy....... walaupun kita keluar tak lama sangat tapi saya happy dapat keluar dengan awak...
walaupun gembira ada duka kan syg..tak apa saya harap awak sabar je ae sayang..
saya sentiasa ada untuk awak.....





Friendship ................!!



Friendship or persahabatan memang benda yang indah buat kita kan lagi-lagi kalau kita berkawan dari kecik.
Mesti kita semua ada kawan-kawan baik kan,tak kira lah kawan sekolah ke,kawan sejiran ke,yang penting kawan kan..ada mereka buat kita sentiasa ceria ..macam-macam kita boleh buat dengan kawan kita ..
bila cerita pasal kawan kan,aku teringat pulak kat geng aku time darjah 6 dulu.. ingat lagi kelas 6A 2007..
Aten,Mimi,Iqa,Ain,Liyana,Syera, dan aku lah ...geng yang selalu buat kelas riuh !!hee  rindu korang seyh!!
kita selalu kutip duit setiap seorang lepas tuh simpan nak sambut hari jadi sama-sama kan....selalunya sambut time bulan november lah kan..sebab Iqa Liyana and aku bulan november...plan dah awal-awal lagikan..
nak buat apa,tempah kek kat mana ,,macam2..kalau ada apa2 event besar tuh mesti group kiteorang yang buat...kecoh semua nak datang tengok kelas aku... maklumlah sambut birthday ramai2 kan...
aku rindu nak tukar2 hadiah dengan korang,kenakan budak2 ni... pernah kita sambut birthday dengan adik angkat masing2 kat depan pra sekolah time rehat..haha lawak giler time tuh kan.. budak rehat makan kat kantin kita makan kek kat pondok haha.. pastu poyo lak tuh..hihi
tapi yang aku paling tak boleh lupa bila kita buat pementasan tuh.. haha tak pasal-pasal aku dapat gelaran kakak tiri sengal punya zaki and the geng tuh !! tapi pementasan kita gempak lah !! sampai tinggalkan kesan tuh doh..haha.. Iqa jadi cinderella , aten mak tiri,mimi kakak tiri sulung aku lak kakak tiri yang kedua ..
haziq jadi putera haha kelaka siot bila pikir balik..lagi2 time berlatih time petang2 tuh...
Haziq,Taju,Izuan,Irsyad,Hisham,Afif  buat pementasan bujang lapok..haha habis aku gelakkan..
haha time kitaorang dia pulak gelakkan. fair kan...macam nak balik je time aku darjah 6 tuh....
rindu dengan Ain ,Iqa,Aten,Emy,Liyana,Syera..korang memang gila-gila !! dah lah pernah kenakan aku time \April fool benggong punya kawan tapi aku sayang korang hee ...
hope korang semua sihat2 ...sorry kalau ada nama yang aku lupa hee


Kelas 6a 2007 =  guru kelas = Puan Norizah
Fatin nisa,Nuremylia,Nurul Syafiqah,Sabariah,Liyana,Siti Safariah,Nadia Aniez,Najwa Nabilah,Hanna Nawarrah,Nur Saa'dah,Farhana,Yogeswari,Aini,
Haziq Asyraf,Taju zaman,Hishammudin,Solihin,Irsyad Syahid,Abrar,Afif,Khairul Izuan,Abraham
Dalam kenangan ~~













6 Bulan sudah !!




Assalamualaikum.....
Hari ini entry aku pasal anniversary !!sedar tak sedar dah masuk 6 bulan dah pun aku dengan dia..
dari bulan october hinggalah bulan april ...alhamdullilah moga-moga panjang lah lagi yer sayang.. :) amin.
macam-macam dah jadi sepanjang tempoh 6 bulan ni.... ada gembira , ada sedih, bersilih ganti ..
tapi yang penting kita hadapi je semua tuh dengan muka selamber...hihi *kidding* hadapi dengan tenang.
dan moga-moga berterusan bahagia selamanya... I love You Khairol Adhzuar !! harapn berkekalan memang sentiasa aku harap.. saya harap awak tahu awak bermakna buat saya ..kalau tak ada awak KOSONG KOSONG KOSONG lah jawapnya .. eh macam lagu najwa latif lah pulak kan.. heee dan kalau ada orang nak ambik awak saya bagi dia dussshh jee..!!hee no way lah nak ambik2 dia dari aku..haha jahat kan aku..
hee ..im happy with you !


Dan bulan april ni hari jadi dia jugak taw,4 April dua hari lepas tuh genap 6 bulan ..hee
Aku just wish tak bagi apa-apa hadiah pun dekat dia... dia cakap tak apa cukup dengan kasih sayang ...
Looks how sweet of you my lovely dear !! susah nak dapat orang a.k.a boyfriend macam dia taw. :)
Tapi aku nak bagi jugak lah sesuatu ...walaupun aku bukan orang yang pertama wish kat dia ..tapi tak apa
janji aku dah dapat dia kan . . *ayat orang yang jeles tenangkan diri sendiri macam ni lah* werk ! :P
apapun selamat hari jadi sayang !! semoga awak bahagia di samping keluarga dan sihat selalu..



*XOXO*





Thursday, 29 March 2012

Kenangan ~~




Assalamualaikum...
Hari ini tergerak pula hati ini nak conteng pasal kenangan time kecil dulu .
macam-macam karenah kita kan waktu kecik dulu,degil,main je kerja kita,berlari sana berlari sini,
main kejar-kejar,sorok-sorok,baling selipar,main layang-layang dan macam-macam lagi kalau nak tulis
semua takut tak habis pula nanti ..hee .. masa kecil memang sesuatu indah untuk kita simpan dalam hati sampai bila-bila kan..aku waktu kecil degil tak ae??aku rasa aku ni tak adalah degil mana pun cuma nakal terlebih je..*huhu* ingat mula-mula belajar bawak basikal yang roda 3 tuh,hee so sweet :) roda dua apa lagi
alololo balik2 jatuh je memanjang..hee sampai nangis2 dah tapi degil nak juga naik lagi tuh.. *budak degil lah katakan* .. Ingat lagi dulu mase kecik aku suka ikut atok aku gi mana pun dia pergi..Atok gi bagi ayam makan aku ikut,atok masuk reban ayam aku pun masuk..hee atok gi surau pun aku sibuk je nak ikut lepas tuh menangis mintak kat mak tudung..*kelakar* . Tapi aku memang manja dengan atok aku sebab atok ikut je cakap aku..hee maklumlah time tuh cucu sulung..*bangga pulak* 
Aku selalu suruh atok bawak aku naik motor bila petang-petang tuh..
Atok tengah baca surat khbar aku gi dekat atok buat2 tanya lah konon.. "Atok baca apa tuh?"
"Atok baca surat khbar syg." .. lepas tuh "Atok tak busan ke baca aje dari tadi,jom jalan2 jom atok baru best."...dan atok pun mengangguk je..hee Yahhoo!!  
tengok bertapa mengadanya aku kan.*hee*
bila naik motor tuh aku mesti tanya atok .. "Kenapa atok bawak motor slow-slow??"
dan atok akan jawap.. "atok dah tua nanti bwak laju2 takut jatuh." hee
bila gi kedai dengan atok balik mesti bakul penuh ..huhu semua aku nak..
bila nampak kasut aku nak ,nampak bola aku nak,nampak baju aku pun aku nak..
tapi aku takkan mintak beli bila nampak patung ke..sebab masa kecik aku lasak macam lelaki.hee
baju pun nak yang macam lelaki atok belikan aje.. suka bukan main aku lagi..
bila nampak aiskrim pulak aku tak mintak,aku pandang je bila atok perasan aku jeling-jeling je aku terus belikan,tengok pandai kan taktik aku..*hee*
beli jumpa kawan atok pernah ada cakap.. "Eh ini cucu yer,banyak belanja" *haha* buat muka comel jap
pergi tengok lawan bola dengan atok... 
pernah pergi kedai nak sarapan dengan atok.. ada ke orang tuh cakap dengan aku time aku nak mintak sudu.
"cucu ah leng tauke kdai tuh ker??" aku geleng lah pastuh aku lari kat atok..hee
bila balik mak bising banyak barang... mak selalu cakap kat atok macam nih "Tak payah nak ikutkan sangat"
hee aku gelak je... 
mak pernah cite dulu mak tengah buat kuih raya ,mak tengah buat lepas tuh aku datang and 
"mak nak ni sikit boleh??" *bijirin coklat tuh lah* mak cakap ambik lah sikit..
sekali mak toleh belakang dah xde bekas nya aku bawak lari semua ..haha *baik kan aku*
mintak sikit tapi padahal semua aku ambik..*hee*
lepas tuh mengamuk mak cari aku,apa lagi pergi sembunyi kat belakang almari makan cepat sampai habis lepas tuh baru letak balik bekas ae..ahaha kelaka bila mak cerita balik ..degil juga aku nih kan.baru tahu
macam-macam aku buat ..pernah ayah aku tengah bakar sampah aku punyer degil pergi main dekat2 dengan sepupu sampai terkena kaki aku ..yang getah tuh..menangis aku ..
cepat2 gi klinik... lepas tuh dah fobia nak main api lagi..*pengajaran tuh*
ok dulu bnyak tol dah ni,penat tulis tapi banyak lagi sebenarnya ...tapi ini pun dah cukup buat aku tergelak sorang2..huhu bye


semalam tak dapat tidur??

Assalamualaikum ....
semalam aku tak dapat nak melelapkan mata sampai pukul 3 kowt.
lepas aku chat dengan dia ,aku tutup lappy ,ingat dapat tidur sebab dah mengantuk..
tapi aku tak boleh,macam-macam dalam kepala otak aku dah ,macam nak pecah pun ada..
jadi daripada aku termenung aku gi lah basuh muka pastu ambik gambar ..saja dapat hilangkan masalah 
walaupun hanya sekejap..nak bace buku memang sah-sah tak masuk punya..*tuh lah kerja budak busan*
nak call dia no kredit,dia nak call aku pun sama..tak pe syg sama-sama kering kontang kan ..:)
penat menangis semalam atas hal-hal yang tertentu...alhamdullilah keadaan atok semakin elok..tengoklahh bukti budak yang tak dapat tidur and kebosanan ! 

Tah apa-apa dah aku nih...! memang sewel ! :)

Ni pulak aku buat iklan minyak wangi kejap..hihi
bila tah nak masuk tv..tunggu lah ae tahun 2022 ke?haha
sayang nak pakai perfume nih .. :(


Tuesday, 27 March 2012

tengok apa aku dah buat !!

Assalamualaikum .... dan selamat tengah hari ..hari ini aku telah memasak atau lebih senang sebut membuat lah kan. 3 resipi masakan yang ringkas di bawah ini.. hee selamat menjamu selera dan selamat melihat :) *hee*


Ini nasi goreng kicap ala superwomen ! :) nama resipi aku perhh terbaik!!hee


Ini pula ialah udang sambal ala-ala korea campur dengan sedikit sotong ..*nampak kan sotong tuh* 
sebab sotong tinggal sikit je so aku campur jelah kalau buang membazir ..hee
ada sikit kelainan kan tapi rasa agak memuaskan *puji diri sendiri* :)


And last masakan ialah sandwish tuna terbaek punyer !! hee
ala beli tuna yang dalam tin tuh je..haha sedap kowt ..
so itulah masakan saya pada hari yang mulia ini..
sekian bye and assalamualaikum .. :)



:) .

 Aku tak akan berhenti
 Menemani dan menyanyangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati 
Ku kan berdoa pada ilahi 
Tuk satukan kami disyurga nanti 


Tahukah kamu apa yang ku pinta 
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku tolong jaga dia 
Tuhan aku sayang dia .........




-Macam tuh lah perasaan aku terhadap dia walau apa pun yang jadi.
aku selalu doakan dia selalu sihat,dilindungi walau dimana pun dia berada.
jauhi dia daripada sebarang kejadian buruk,
murahkan rezekinya. dan agar dia selalu mengingati aku .. 
aku sayang dia macam aku sayang diri sendiri.
sayang aku pada dia sama banyak macam sayang aku kepada 
allah,ayah mak adik  keluarga sahabat ...
aku risau kalau dia ada apa-apa 
sakit,deman,batuk ..semua tuh buat aku risau..
aku taknak apa-apa jadi pada dia ..
Allah jagalah dia dimana pun dia berada hanya itu yang aku mohon ....