Friday, 24 August 2012

Aku degil !

Assalamualaikum..

Orang tua memang selalu membebel kan ,tapi dia bising pun
tentu ada sebab bukan tiba-tiba nak bising kan .
Mak walaupun selalu bising dekat aku atas sebab-sebab yang remeh .
aku tetap sayang mak sangat , sakit aku dia jaga ,urut aku, masakkan bubur.
yang risaukan aku bila aku lambat balik .kadang-kadang dia bising tapi dia
buat jugak,.ayah pulak selalu bake-up aku .
tapi kalau aku yang salah konfom aku kena kaw-kaw..
aku paling takut bila ayah mula angkat tali pinggang,kalau dah angkat
maksudnya besar lah kesalahan aku.
aku selalu mintak macam-macam .nak itu nak ini.
yang mahal-mahal ayah tetap belikan. walaupun mak aku bising..
pernah sekali aku dengar mak cakap dengan ayah,jangan belikan .
lepas tuh ayah cakap tak apa ,ada rezeki adalah ,kerja pun untuk
anak.. hati aku tersentap . mata dah merah . airmata pun jatuh .

mereka penat lelah mencari duit ,aku pulak menghabiskan .
terukkan aku! lepas tuh dah lah kuat melawan .
apalah aku nih . tapi aku ditahap degil lah jugak .
panas terik penat lelah diharungi.. :'(
maafkan orang mak sebab melawan cakap mak.
dulu ambik duit mak dulu baru mintak .
keluar curi3 tak bagi tahu sampai
mak ayah risau ..jangan lah tiru macam aku .



Wednesday, 22 August 2012

Raya 2012 ! :)

Assalamualaikum ..

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua . maaf zahir batin . 
Dah lama dah tak update blog nih,biasalah gi beraya jekan .
Almaklumlah dah nama pun raya kan :)
Raya tahun ni boleh lah tahan meriahnya.
nak tahu sebab apa sebab tahun lepas duit raya banyak ,
tahun ni kureng sudah . hee just kidding . 

Tahun ini baju raya aku warna merun, and same with him ;)
He pick that colour . Dia ada 2 warna aku satu je . sad .
tapi satu dah same it's enough for me :)
Tiap tahun raya mesti semua penat kan.
Penat kemas rumah lah apa lagi . hee

Hari tuh ada sedara jauh datang. dah nak bali tuh
aku salam lah ,tau dia cakap pe.
kak ijan bagi duit raya lepas tuh sempat cakap
dah ada boyfriend ae? haha aku jawap ehhem2.. je haha
Macam-macam ragam bilo time raya kan.

Petang tadi dia datang raya rumah .
lepas tuh aku ajak dia gi umah kawan aku .
So pergi lah ,sampai je rumah emy kena perli dah,haha
mak ae pun sekali join .:)
confom kena je aku perli oleh korang yo.
tak apa tak apa .. penat den nak layan ae.
apa-apa pun gempak beb!
first time aku gi raya dengan dia kowt ! ;)
ohhhh happynya ku rasa ... eh gedik pulak . ;)
and hope you will teman saya beraya lagi tahun depan :)
*I Love You KA* ..and thanxs for teman tadi :)






muka dah berminyak ohh! baju yang dia pilih :)
yes i know that it's pretty ,right?haha

hee.kawan dia tlg ambikkan.
^_^ ..
let me tell that i really really love you 
and miss you :).. 
so that's the end of this story . 















Tuesday, 14 August 2012

Puasa meninggalkan kita .

Assalamualaikum ..
Dah lama tak update blog . aku nak update je line mula lah
mengada-ngada dengan aku . :)
Sedar tak sedar bulan puasa mula meninggalkan kita .
lagi dalam 5 hari je lagi kita nak sambut hari raya aidilfitri

Tadi aku pergi beli baju dengan dia .
Dia jemput dengan hantar aku.kesian dia penat je. :(
Banyak kedai kitaorang pergi.
nak dekat sepuluh kedai dah satu pun tak jumpa lagi .
kesian dia ikut je aku. dah lah panas-panas
puasa lagi .tapi ada last-last jumpa.Tuh pun dia pilihkan . :)
sorry saya kalau banyak baju lawa saya  memang confius . ;XD

Happy kowt beli barang dengan dia.
first time aku gi shopping baju raya dengan dia
Penat memang penat tapi ada dia kureng lah sikit . ;)
Haus tuh memang lah  ya allah hai . tahan je.
Orang tengok kowt . baju den samo dengan dio .hee
Ada untie cina tuh senyum2 . hee
lawak pun ada .

Thanks my dear KA for teman cari baju .
walaupun panas-panas berpeluh peluh .
Hope akan ada tahun depan lagi . amin
Selamat hari raya aidilfitri semua . :)





Sunday, 5 August 2012

6 Ogos !!

Assalamualaikum

Ramadan dah sampai separuh pun dah,
Tak lama lagi kita sambut aidilfitri lah .
Macam kisah aku pulak dah sampai separuh lebih dah pun .
Maksud aku dah 10 bulan pun aku dengan dia . :)
Setiap bulan aku mesti tak sabar-sabar tunggu tarikh ni.
Nak cakap aku gelojoh? tak kisah pun.

Setiap masa yang dia luangkan bersama aku,
amat aku hargai walaupun sekejap sahaja.
Nak cakap kat mana ada dia ,ada aku memang tak lah .
Even aku selalu berangan macam tuh .
Nak melekat 24 Jam 7 hari seminggu pun tak boleh .
Cinta jarak jauh orang cakap susah .
Yes memang susah tapi kalau kita sayang seseorang tuh
Jauh mana pun dia,sayang kita takkan hilang .

Maaf jika awak buat saya ketawa ,saya buat awak marah.
Maaf jika awak buat saya senang,saya buat awak susah hati
Maaf jika awak buat saya gembira,saya buat awak sedih
Maaf jika awak jaga hati saya,saya hancurkan hati awak
Maaf diatas segala salah yang telah saya buat pada awak selama ni.

Harap di masa aku gembira dia ada.
Di masa aku sedih dia juga ada.
Suka dan duka dia ada dah cukup.
Kalau aku sedih kata-katanya menenagkan aku
Saya harap segala sakit senang gembira sedih
Awak kongsi dengan saya .

Macam-macam masalah dah kita lalui setakat ni.
aku sentiasa ada di belakangnya menyokong
apa yang ingin dilakukannya .
Harap awak sentiasa menyayangi saya selalu .
dan selamanya .
I miss you dear ..
I love you ...
hope we relationship akan kukuh and kekal .
insyallah amin ...










Monday, 30 July 2012

Be Mine

Bermula di Facebook you im I dulu tak tahu malu
I malas nak layan so i buat tak tahu
You terus cuba dan mencuba 
Sehingga I jatuh cinta gatalnya diri
You membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama 
Borak panjang-panjang makan dan tengok wayang
Sikit-sikit jer i merajuk  You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya I cuma test you saja

Let me tell you that i love you
And i never wanna wrong you
Take my hand baby
come, go throught with me
Let me tell you  that i miss you
And i never wanna lose you
You my heart baby 
My life is incomplete without you  
 
Dalam pada I gembira sometimes I feel so bad juga
Cause you belum berpunya 
But i always want you be mine forever
Please be mine forever ..


                                                                                            



Saturday, 28 July 2012

Pertama Ramadhan .

Assalamualaikum ..

Sedar tak sedar dah puasa ke 9 dah pun sekarang.
Waktu berjalan cepat sangat kan.
Mula berpuasa ada yang nak cepatlah habis ramadan,
Bila dah masuk hari kesembilan ada pulak cakap 
Cepat betul masa berlalau,adat lah tu kan .

Tahun ini buat pertama kalinya dalam hidup aku,
Aku berbuka puasa dengan dia. 
Dekat rumah aku.mak aku yang suruh ajak.
First time aku dan family aku berbuka ada orang lain 
selain daripada family lain .

Ya Allah gembira sangat aku dapat berbuka dengan dia
Walaupun sekali dalam bulan ramadan tahun ini.
Aku sebenarnya takut sebab tak pernah ada kawan 
lelaki atau perempuan yang pernah buka kat rumah aku.

Aku berterima kasih sangat dekat dia sebab sudi
berbuka puasa dengan aku.
dulu aku ada juga berangan kan best kalau dapat buka 
sekali dengan dia ,tapi itu aku cakap sprang2 je.
tak sangka betul-betul jadi kenyataan . :)

Tadi tengah solat subuh,aku berdoa 
semoga tahun ni ramadan berjalan dengan lancar,
semoga aku, keluarga dan dia sihat-sihat dan dijauhi segala penyakit.
sampaikan lah salam rinduku kepadanya ..
panjangkan lah hubungan kami ya allah ..amin..
tiba-tiba airmata aku menitik . menangis kerana bahagia.
menangis kerana aku masih bersamanya,
menangis kerana tuhan panjangkan umur aku 
supaya aku boleh melihat dia lagi..:'(
Sesungguhnya dia tahu aku amat menyayangi dia .

Sampai disini dulu lah aku menulis.
terasa mengantuk sudah .
lain masa aku tulis lagi.
-Kepada: KA terima kasih kerana berbuka puasa dengan saya -
ia akan menjadi kenangan yang yang manis .-28/7/2012-
bye 









Tuesday, 24 July 2012

Tuhan tolong aku ..

Assalamualaikum ..

Sekarang dah pukul 2 lebih aku tak dapat tidur . 
sekarang aku dah jarang on call dengan dia ,
kenapa?dia kerja lah sekarang. 
Aku pun tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni banyak hal
yang ganggu otak aku ni,nak pecah dah,kalau boleh scan 
berapa banyak virus dah masuk .

Ya allah apa dah jadi kat aku ni! kenapa aku macam ni ! kenapa?
aku penat macam ni ,mungkin aku ni yang terlalu berlebihan .
padahal ianya bukan apa-apa pun .
kadang-kadang tengah-tengah malam,dia mengalir .
aku tak tahu kenapa ,mungkin yang dalam tak dapat tanggung lagi
sebab itu dia keluar tanpa aku mintak pun .
sampai mata aku pun bengkak dah . oh shit!!

*Sekiranya kau bukan untukku,aku terpaksa melepaskan
walaupun perit.walaupun mulut berkata ya,tapi hati menjerit tidak !
aku mintak maaf sekiranya suatu hari nanti kau tidak dapat 
menghubungi aku lagi,aku hanya nak kau tahu yang aku 
sayang kau dan aku takkan lupakan kau .
walaupun dia tak ada depan mata aku lagi !*

ayat di atas hanya rekaan,tapi aku paling takut kalau jadi macam tu.
aku takut perkataan goodbye!!selamat tinggal !!jaga diri !!
kau buat aku sedih!menangis! tapi aku tetap sayangkan kau..
ohh romantiknya aku kan.hahaha 
oklah aku nak tidur kejap lagi nak bangun sahur . bye
#tuhantolongakucarikanpenyeriuntukdalamhidupku,
#kuperludiainginjadimilikkumenjagahatinya
lagu tuhan tolong aku by_iamneeta !

 


Monday, 23 July 2012

Oh aku lagi .haha

Assalamualaikum hari ini entry aku pasal benda alah dekat bawah ni lah
tengok jelah ye .o




Time ni baru balik pergi bazar ramadhan teman acik aku.
p/s belum mandi lagi .haha


Ni time tengah tak ada kerja .haha 
tudung ni lebih kurang sama warna dengan yang atas .aku baru perasaan .:)


Shawl ni aku belum pernah pakai lagi kowt.
tuhlah main beli pakainya bila tah. #hehe


Aku kebas tudung mak aku,dia tak pakai :)
Mak ucu yang bagi lama dah kowt ,raya tahun bila tah .


-TAMAT-




Sunday, 22 July 2012

Cabaran Berpuasa

Assalamualaikum .
Dah lama dah tak update blog kan tak apa ni aku nak update la ni.
Sedar tak sedar dah dua hari dah kita sambut ramadhan kan
Maknanya dah dua hari jugaklah semua umat islam menjalani ibadah puasa.

Tahun ini aku harap bulan ramadhan berjalan dengan jayanya.ceh ayat aku.*haaha*
Nak cakap harap tahun ini puasa penuh memang tak lah kan,maklumlah kaum hawa
Kan "Allah Beri Cuti" . sebab tu perempuan istimewa ,betul tak wahai kaum hawa sekalian. :-D

First puasa memang teruja kot,selalu aku susah nak bangun tidur
Ni tak mak aku kejut sekali je,aku terus bangun and berdiri
Tak ada bangun-bangun ayam dulu. :)
Tapi time sahur mata pejam je ,haha tapi makan jugak.
Tahun ini sahur je si dia mesej .hee 
Balas-balas mesej kejap,hee subuh-subuh tuh. :)
Ok dulu lah aku mintak diri dulu.
Selamat berpuasa dan puasa penuh yer baru boleh sambut raya ! :)


Tuesday, 10 July 2012

Ramadhan tiba..

Assalamualaikum ...

Yeay-yeay tak lama lagi dah masuk bulan ramadhan .bulan puasa.
Excited lah pulak.ramadhan juga yang mempertemukan aku dengan dia . 
Sweet tak.cakap jelah sweet kan. haha
Nasib baik aku dah habis ganti puasa yang tahun lepas punya .amin
Tahun ni semoga berjalan dengan lancar.
kadang-kadang terasa macam nak lari je dari hiruk-piruk warga facebook
Twitter atau yang sama waktu dengannya !tapi macam mana ?
Dengan deactived or tutup account kita ?
tapi kalau macam tuh macam nak lari dari sesuatu je.haha
eh maafkan saya saya sudah lari dari tajuk,
Bulan puasa .paling best first puasa.bangun sahur 
Time buka muka senyum seribu makna .
semoga tahun ini puasa aku jalan macam biasa.
Dan aku berdoa semoga tahun depan aku akan merasa nikmat bulan puasa lagi
Panjangkan umur aku ya allah...Amin..
Nampaknya itu sahaja. selamat tinggal dan
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN TAK LAMA LAGI!!
:)

sad VS happy .

Assalamualaikum ...
Sekarang dah malam dah pukul berapa tah.
Tapi yang pasti aku tak ngantuk lagi.

Aku happy dan adakalanya aku juga sedih.
Dugaan makin lama,makin banyak,macam-macam.
Kuatkan hati dan lalu je,macam lalu taman ke,lalu dengan senyuman.
Itu kata orang,tapi bukan aku yang kata.
Bila agak lama dengannya.boleh tak korang jangan cakap
"Tahan jugak ae,lama tuh" !! elok aku suka terus mood berubah !
Ayat kau nak doakan supaya tak lama ke ha!benggong je!
Memang buat aku sedih lah,nak tegur jangan harap aku nak menyahut .

Kenapalah tak ada ubat yang boleh hilangkan ingatan manusia.
Senang kalau ada.tak ada lah aku nangis bila aku ingat semua tu.
Aku cuba untuk tahan,tapi macam automatik ingat benda tu semua 
Jatuh lah ia.Macam dah terset dalam minda aku,
Aku nak buang jauh-jauh! aku taknak ingat benda tu lagi .
Tapi setiap kali aku nak lupa seakan-akan keadaan sekeliling kembali 
Mengingatkan aku. 

Aku tak boleh dengar nama tu. hari tu budak ni tersebut nama sama.
Dalam kepala dah main-main dah,aku tolak tapi susah. kenapa?
Sebab dia yang menyebabkan mata aku bengkak dulu! sakit!
Menyebabkan aku menangis tiap-tiap malam. ohh hidup ini sungguh kejam! *ayat copy*
Aku benci kau !tapi aku bukan seorang pembenci tegar so bangga lah aku ni baik!haha

Aku tak tahan bila tengok ayat-ayat dia.
Buat hati aku kecik je.sempit je.
Tapi tak pe kadang-kadang ada betul cakap dia.
Salah sendiri susah nak nampak .
Kadang-kadang aku surokkan suara aku.

Hanya ku cinta kau seorang. ayat klise betul .
Suka hatilah nak cakap apa.janji betul .
kalau aku cakap aku ada kau je,aku betul-betul 
Maksudkan nya ,bukan main-main.*don't play-play*:) 
Bencinya aku kak oi jgnlah nak like bnyk!tension lah!
Opps sorry terbawak2 facebook ni lah haishh nak je sekeh.

Biarpun kau dah tak jadi penghalang!dah berambus!tapi 
Aku tetap ingat nama kau dengan clear sekali! 
Aku terasa dulu bila dengar sebut nama kau!
Damn hancur hatiku..haha 
Jadi perempuan jangan dengki boleh Jangan penting diri sendiri!
Fed-up aku ! 
cukup lah sampai disini..aku undur diri dulu ..
malam ni aku teremosi sikit!hope tak kisah aku memang macam ni !
sometimes!good night :)


 






Sunday, 8 July 2012

Vintage kembali lagi_TUDUNG BAWAL!

Hai hai and assalamualaikum....
bosan lah tak tahu nak buat apa dah ni,blog aku ni membosankanlah..!
nak kembali ke yang dahulu lagi lah. guna blogger biasa. cool je..
eh dah lari tajuk pulak. Perasan tak sekarang kan kat mana-mana je kita
boleh tengok dah ramai orang pakai tudung bawal kan?
tak kira umur adik-adik,akak-akak dan mak-mak lah.huhu
tudung macam tu dari zaman mak aku muda lagi dah ada,ada lagi tudung bawal mak aku simpan ,
tapi malas nak cari. Itulah namanya fashion kembali,iaitu fashion tudung bawal vintage. class gituu..
Tudung bawal bukannya lesap terus macam tu,sebenarnya dia ada,cuma bersembunyi sebentar,
tengok sekarang dia dah kembali dan menjadi femes dengan pelbagai corak-corak yang menarik kan.
Aku pun kalau jalan-jalan gi mana-mana ada jumpa tudung bawal je mesti aku beli,almaklumlah harga pun murah daripada harga shawl kan..Tudung bawal ada banyak jenis. ada bawal,ada plain siap ada bawal obama lagi tu jangan main-main.perdana menteri amerika tuh .:)
Dulu musim tudung ikin lepas tu tudung nur kasih tak lama lepas tu tudung yuna dan sekarang tudung bawal!
Macam-macam nama ada,kadang-kadang pening nak ingat..
aku suka pakai tudung bawal gak,dia senang nak pakai,and simple gitu,eceh..:)
dulu kalau pakai tudung bawal mesti orang anggap budak ni rajin betul nak gosok.haha
sekarang tudung bawal tak payah nak gosok terus pakai dah siap. :)
tak semestinya pakai tudung bawal tu  nampak macam "KAMPUNG"
salah format tu kalau siapa cakap macam tu,sekarang style banyak pilih je and jangan lupa bayar .
corak menarik-menarik so bukan kampung lah. 
ok lah dah dulu lah . penat ini aku dan tudung bawal ku . ..:)




habis dah.bye :)






Wednesday, 4 July 2012

Dua Hari Lagi ....

Assalamualaikum...
Dah lama aku tak update blog ni,kadang-kadang dia je yang tolong aku update kan . :)

2 Hari lagi genap dah 9 bulan aku dengan dia..
Aku tak sangka aku dengan dia dah nak masuk 9 bulan dah .
Sedar tak sedar je aku rasakan.
Setiap bulan memang ada bezanya.tak apa kita belajar daripada pengalaman kan .
Bulan ni aku dengan dia ok je,aku suka macam ni.harap ia akan berkekalan macam ni .
Dan aku harap lepas ada lah sampai bulan bulan bulan bulan and maybe tahun agaknya..hee
Amin...i pray for that ;)

Setiap bulan yang memang aku tunggu-tunggu dan ingat.
Segala kenangan manis ke masam ke .huhu
tapi lebih ingat yang manis je lah.hee
Dia dah kerja sekarang . kerja elok-elok ye syg .
jangan nakal-nakal... !
ok lah aku rasa cukup sampai sini je aku tulis.
Happy Anniversary yang ke 9 bulan Khairol adhzuar .
And i will love you forever .....
Assalamualaikum.......

Sunday, 1 July 2012

Hampir...

hye hye hye
 
Pejam celik pejam celik dah nak hampir masuk 9 bulan aku dengan dia... Alhamdulillah bulan ni terbaik buat kite orang tiada perselisihan paham. Harap2 bulan 9 ni pon sama la, hee.... Ala lagi pon aku sekarang sebok dengan kerja mana ada masa untuk mesej2 calling2 ni.... itu pon kejap betul tak Ma? hee... aku rasa post kali ni aku tak tulis panjang kut. Sebab aku takda idea nak tulis. huhu...

I love love love you...
  I miss you you you...
 
Saya harap kita berkekalan hinggat ke akhir hayat... Insyaallah amin...
 by your KA.

Saturday, 16 June 2012

Malam yang kesejukan bagiku...

Assalamualaikum...
  
  Hee... malam ni sungguh sejuk bagiku... malam yang indah seperti malam-malam yang lain... hee hari ini dah 8 bulan 1 minggu 4 hari.... hai bila lah nak setahun ni... hee tak nyempat-nyempat pulak aku... permulaan kenal aku sangat baik dengan dia... biasa la lelaki bila nak kenal mesti la buat baik kalau tak macam mane nak dapat... lama kelamaan diri aku berubah sedikit demi sedikit... aku dapat merasakan diri aku ni dah mula tergelincir di jalan Allah... aku tak tahu kenapa... niat di hati ingin mengaji dan ingin tahu maksud ayat Al-Quran... tetapi hati aku sangat keras untuk menerimanya... aku bukan sengaja tak menerima semua tu tetapi hati aku keras... "YaAllah adakah ini di namakan buta hati YaAllah?" aku sangat risau akan diriku ini terpesong... "YaAllah kuatkan la iman hambamu ini YaAllah" aku memang risaukan tentang diriku ini.... mana diri aku yang sebelum ni?? yang dulunya kuat pergi surau, rajin pergi dengar ceramah agama.... mana-mana?? mana semua tu..?? "YaAllah, aku tahu hambaMu ni jahil YaAllah janganlah engkau beri ujian kepadaku sebegitu berat untuk aku memikulnya YaAllah...." orang kata biarlah buta mata, jangan buta hati... kerana buta hati paling sukar untuk kita menerimanya... jadi jangan la mengingkari perintahNya selalu amalkan sunnah Rasulullah s.a.w. . ingat dunia ni sementara bagi kita ianya tidak akan kekal yang kekal hanya akhirat... 
 
 aku rasa itu sahaja.... jadi kaum adam & hawa semua cinta lah pada yang esa...

Thursday, 14 June 2012

What is LOVE??


Assalamualaikum bertemu lagi kita kali ini.
Kali ini entry aku feeling sikit.
so enjoy reading yaww >.< ..

What is love?? love is something that you heart keep beats faster when meeting someone.
Love is beautiful. cinta itu indah bak kata orang melayu , 
Jatuh cinta perkara yang biasa yang berlaku pada setiap manusia .
Betul kan . sebab aku pun pernah jatuh cinta and sedang jatuh cinta . :)

Cinta aku dulu mungkin CINTA MONYET . biasalah baru kenal lelaki kan time tu .
Cinta monyet memang perkara yang amat melucukan bila di ingat balik .
Tapi  setelah itu aku tak pernah lagi rasa perasaan sebenar jatuh cinta .
Kata orang perasaan yang boleh membuatkan kita menangis,ketawa,gembira .
Ada juga yang aku suka,tapi itu hanya suka-suka sahaja .

Sampai lah berkenalan dan berjumpa Dia ..  
*kita berkenalan hanya dalam laman muka buku,kau hantar pesanan suruh aku terima kamu*
Opps maafkan sya ternyanyi lah pulak.haha':)
Aku kenal dia dan aku suka .i mean jatuh hati.haha
Aku ingat lagi sampai aku boleh cakap dengan kawan aku .
"Weyy aku rasa aku dah suka dia lah " kwn aku boleh balas
"eh kau ni bia betul," sebab dia tahu aku dari dulu aku tak pernah cakap 
aku suka orang . walaupun my cinta monyet story.haha

Mungkin ini lah yang dinamakan the true feeling comes from deep in my heart.*ceh aku over lah pulak*:p
Lepas mengenali dia .aku hanya suka dia je until now.
susah dah aku nak tepis perasaan tuh .
Dan hati aku keras kalau jumpa another guy . you know why?
Because in my mind always you .. 
Sesunguhnya hatiku untukmu.. :P
kepada sesiapa yang takut jatuh cinta . never say never.
semua akan merasainya dan satu lagi aku nak cakap bab nak pikat aweks .ok dengar baik2.
Sesuka mana pun seseorang perempuan terhadap lelaki itu,dia takkan meluahkan nya 
selagi si lelaki tidak membaritahunya dulu. 
tapi zaman sekarang ni banyak dah perempuan tembak lelaki dulu. tackle la.
perempuan zaman sekarang memang dare ! hee yeahh

Blablabla.ok penat sudah aku bebel,thats the end of my simple story. bye :)




I'm singing my blues...

Tuesday, 12 June 2012

The cutest kids .

Assalamualaikum ..
Hari ini entry aku pasal (The cutest kids) . 
Kalau sedih or bosan mesti aku akan update yang merepek.
so tengok je la ye..budak-budak kecik ni memang semua comel,
Handsome.cantik dan lain-lain lagi. 
take a look :) korean mix blood kids :)

Dia handsome kan?budak ni nama dia
Dennis Kane ,Half korean-australian

smart boy :)

blue is always cool .


Yang budak perempuan yang cantik ni yela 
Cristina fernandez lee,Half spanish-korean
ni gambar dengan Daniel hyun 
omo sweet kisses hee :)

She have a beautiful smile :)


Yang ni Alyena Yilmaz .Mix turkish-korean 
her face so unik kan. 
like a cinderella :)thats people call she "Peri"

comel sangat kan dia?

Yang ni pulak yela Lauren Lunde 
she mix korean-canadian 

omo yeppuda :)

her big eyes :)


Comelkan budak2 kecik diatas ni..
nak je anak yang macam ni comel2 belaka .
:)













Saturday, 9 June 2012

Me & him

Hye and selamat malam..
Cuti ini aku balik lambat . so aku tak dapat nak jumpa dia
 banyak-banyak kali.sedih pun ada.tapi at least aku ada jugak jumpa dia.
dan bulan ni da masuk 8 bulan aku dengan dia da.
Hari ini 9 jun 2012 dah genap 8 bulan and 3 hari .. 
hope he will  happy with me and i'm sorry if 
i hurt you feeling and do anything wrong .
I'm sorry but i love you !.

 muke comel je kan . hee ;)

merah itu garang.garang kan .?:)

love you KA!!

be mine always ! >.<

I love you like a love song baby..
Saranghae.
aishiteru..
Wo ai ni.
Jet'ime..
>.<
(K&S)

tak lupa jugak .
terima kasih sebab sanggup jemput saya jauh-jauh.
terima kasih bagi aiskrim tu ye..hee
terima kasih atas segalanya syg...







Friday, 8 June 2012

kami sudah gila !

Assalamualaikum..
Dah lama tak update blog ni,tadi dia yang update kan ye .
Sekarang giliran aku pula yang mengupdate . hewhew ;)
Tadi gi lepak dengan kawan aku ,nama dia Fatin Nisa Juhari a.k.a Aten .
nak tengok add la dia kat fb .huhu promote jap ..haha
lepak ngn kau wat aku poning kepala tahu Miss Aten hoi..
Anyway take care of yourself too friends.
friends forever. :)



We Love You !

With teddy bear .

Peace sign lah sangat.haha

Tabik springg!! :)

Love Line .

Hugging ;)


Teropong orang kejap. #LoL

Pose ?haha APTB tol kteorg ni kan. ;)
End .